Saturday, September 15, 2018

Pati Minyak Asli Gaharu Original MRSOL Branded

Pati Minyak Asli Gaharu Original MRSOL Branded

Pokok karas adalah panggilan umum di Malaysia. Ditempat lain ia juga dikenali dengan nama depu atau engkaras. Pokok karas berasal daripada family Thymelaeceae dan Genus Aquilaria.

Terdapat 22-spesis Aquilaria seluruh dunia seperti di negara Bangladesh, Bhutan, India, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand. Di Malaysia hanya terdapat 5-spesis Aquilaria seperti Aquilaria Mallacensis, Aquilaria Hirta, Aquilaria Beccariana, Aquilaria Rostrata dan Aquilaria Microcarpa. Kayu Gaharu terhasil apabila pokok Karas mengalami tekanan (stress) dan mula berubah warna daripada putih kepada warna semakin gelap. Hanya pokok Karas ini yang boleh menghasilkan resin wangi bau harum semulajadi yang juga dikenali sebagai Kayu Gaharu

Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Daripada resin ini ianya diproses dan dimasak selama 5-hari 4-malam tanpa henti bagi menghasilkan Minyak Gaharu.

Menurut sumber Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui garis panduan perlesenan Kayu gaharu, perhatian dunia ke atas pemeliharaan dan status perdagangan spesis Aquilaria spp mula diberi tumpuan setelah ianya dimasukkan ke dalam Apendix II Convention on International Trade in Endangered Species Of Wild Flora and Fauna (CITIES) pada 16 Februari 1995



Kini kami telah jadikan jenama MRSOL ini sebagai antara jenama ASLI yang giat memasarkan Pati Gaharu ASLI MRSOL, Wangian ASLI Gaharu MRSOL, Bukhoor ASLI 100% Kayu Gaharu MRSOL selain daripada produk kosmetik, makanan dan minuman berasaskan Gaharu

No comments:

Post a Comment

Kami hargai setiap komen anda

Testimoni Kami

Testimonial Wangian Gaharu MRSOL

Testimonial yang pelbagai jenis ini dikumpulkan melalui komentar-komentar peminat wangian yang ada di seluruh Semenanjung...