Sunday, July 1, 2018

Rancangan Bisnes Kayu Gaharu MRSOL

PLANNING 15 TAHUN MRSOL (Sejak 2013)

1. 2010, suatu pagi saya termenung dalam ladang gaharu saya apa yang saya perlu perbuat bila perkhidmatan saya dalam ATM tamat MEI 2018.

Mahu terusan mengharap gaji dan elaun dari ATM atau bebas bekerja tanpa sebarang protokol dan disiplin yang tinggi.

2. Selepas itu Allah beri Ilham supaya saya menanam sayuran dan jadi usahawan gaharu yang kaya dan berjaya memberi inspirasi pada ramai orang.
Cukup lah hidup serba kekurangan di teratak kampung menyewa rumah kampung RM200.00 sebulan.

3. 2012  saya mula pergi belajar di seminar bisnes Encik Azizan Osman belajar berbisnes . Persepsi minda saya di ubah tentang mudahnya berniaga.
Tetapi hakikatnya sepanjang berniaga 2012 -2018 (hampir 6 tahun ini) saya lalui pelbagai kesukaran setelah saya terkeluar dari Kem Bisnes Azizan Osman.

Lantangnya saya menegur Phd palsunya itu ramai tidak suka. Rupanya dunia sekarang orang sanggup berbuat apa sahaja untuk kaya dan berjaya.

Namun saya tetap berterima kasih pada Encik Azizan Osman kerana pernah menjadi mentor bisnes saya

4. Berniaga sendiri. Sejak hari itu saya mulai hilang ramai kawan. Saya tidak peduli asalkan saya cakap itu benar. Hakikatnya cakap yang baik-baik dan benar tanpa memburukkan dan memalukan orang di media sosial nyata jauh lebih baik.

Saya belajar sesuatu yang sangat berharga dari seorang Puan Guru Bijaksana Bisnes di Bukit Janda Baik.
Belajar percuma melalui catatan-catatan di page nya.

Belajar gaya bisnes Muhammad Muda. Bertemu mata dengan Puan Guru Ainon ini di Sekolah Strategi Bisnes bersama Tuan Guru Bisnes Nusantara Ayahanda Tuan Guru Dato' Roslan Abd Hamid memberi impak baru dalam bisnes saya.

5. Mulai menghadiri pelbagai seminar hujung minggu, duduk belajar bersama anak anak muda yang mempunyai energy yang tinggi untuk berjaya.

Hadiri seminar IBU HANIM diperkenalkan oleh adik comel Jutawan Noordazleena Agen Titanium MRSOL Batch Pertama saya.

6. Balik dari Business Forensic ini saya mula buat planning 10 tahun bisnes MRSOL secara comprehensif 2018 - 2028. Saya mahu jadi jutawan gaharu dan hartanah yang memilik aset  RM100 juta dan kecairan wang RM30 juta ketika sampai usia 55 tahun.

7. Kini usia saya 45 tahun, bebas dari sumpah taat setia angkatan Tentera, bebas mengorak langkah lebih bersistem dan berhati-hati mencorak perjalanan bisnes saya 10 tahun akan datang.

InsyaAllah dimudahkan Allah 2028 saya menjadi multi jutawan yang melahirkan ramai jutawan sebenar di padang datar melalui perancangan strategik bisnes MRSOL

Planning 15-Tahun Bisnes Kayu Gaharu MRSOL (muka 1/3)


Planning 15-Tahun Bisnes Kayu Gaharu MRSOL (muka 2/3)
8. Mengimbau masa lalu saya, dibesarkan di asrama anak-anak yatim Perkaya, hidup dalam kemiskinan melalui pelbagai kesukaran, ianya tersimpan di dalam memori bank bertahun lamanya, suatu hari nanti saya akan jadi seperti Muhammd Muda, usahawan yang sangat kaya dan berjaya dan ketika usia saya 63 tahun, saya mahu lepaskan segala kekayaan saya untuk diwarisi oleh anak-anak dan mereka yang berhak meneruskan legasi MRSOL.

Saya mahu tinggal di pondok kecil dalam ladang gaharu saya bersama isteri, beri makan ikan, ternakan, tanam bunga dan sayuran sambil teruskan belajar di universiti tempatan sehingga dapat Phd dalam gaharu, mengajar anak-anak keluarga MRSOL tentang gaharu dan erti mengenal Allah, hidup sebagai hamba Allah, qanaah dengan kekayaan dunia.

9. Dunia sekarang dunia teknologi. Kemahiran menggunakan media sosial dan online bisnes menjadi satu kewajipan. Kos belajar ilmu-ilmu ini mahal mencecah ribuan ringgit. Namun ianya menjadi kemestian untuk kita belajar jadi lebih bersaing dan berdaya maju.

Kita perlu pergi lebih jauh. Jadi  usahawan global. Bersaing di peringkat antarabangsa. Fokus untuk kita bangsa Melayu Islam ini jadi usahawan kaya jiwa dan harta dipandang di peringkat dunia.

10. Cukuplah kita jadi bangsa Melayu yang suka mengaibkan, menjatuhkan bangsa Melayu Islam kita sendiri dalam bisnes mahu pun politik. Mana yang benar, jujur dan amanah, kita angkat untuk terus berjaya dan memimpin.

Mana yang palsu, merugikan bangsa Melayu Islam kita, kita jatuhkan untuk mereka muhasabah diri bukan untuk mengeji dan menghina, membalas luka dendam sakit hati di jiwa.

Kita mahu bawa hati yang bersih berkasih sayang kerana Allah dan rehat di syurga Allah. Hidup bahagia di dunia dan menikmati kebahagiaan hakiki di syurga Allah. Aamiin ya MUJIIB.

MR CEO MRSOL.
12.6.2018 Selasa 10.21.29 pm

Planning 15-Tahun Bisnes Kayu Gaharu MRSOL (muka 3/3)

ada yang nak bersama menyertai keluarga MRSOL?
Hubungi tim Oud Perfume Original MRSOL
HOTLINE : +601138459769
 
Regional Manager MRSOL Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Kami hargai setiap komen anda

Testimoni Kami

Testimonial Wangian Gaharu MRSOL

Testimonial yang pelbagai jenis ini dikumpulkan melalui komentar-komentar peminat wangian yang ada di seluruh Semenanjung...