Monday, July 2, 2018

Ladang Gaharu MRSOL

Sehingga kini, kami mempunyai 3-lokasi Ladang Gaharu
1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
2) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang
3) Ladang Gaharu MRSOL Kuala Terengganu


1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
Ladang Gaharu kami di Manjung / Setiawan Perak mempunyai keluasan hampir 12,000 pokok yang terletak di Setiawan Perak

Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
Menurut sumber wikipedia, Gaharu adalah kayu berwarna kehitaman dan mengandung resin khas yang dihasilkan oleh sejumlah spesies pohon dari marga/genus Aquilaria, terutama A. malaccensis. Resin ini digunakan dalam industri wangi-wangian (parfum dan setanggi) karena berbau harum. Gaharu sejak awal era modern (2000 tahun yang lalu) telah menjadi komoditi perdagangan dari Kepulauan Nusantara ke India, Persia, Jazirah Arab, serta Afrika Timur.

Pakar Gaharu UPM datang melawat Ladang Gaharu MRSOL pada Tahun 2012

Nama sebenar Gaharu adalah pokok Karas. Pokok karas berasal daripada famili Thymelaceae dan genus Aquilaria. Mengikut sumber maklumat Malaysian Industry Timber Board (MITB) terdapat 5-spesis utama di malaysia dan 22-spesis utama di dunia. Antara ciri utama daunnya adalah berkilat dan sukar dikoyakkan
 MRSOL bersama Madame MRSOL bahagia romantis bersemut di Ladang Gaharu mereka sendiri

Kayu Gaharu pula terhasil apabila pokok Karas mengalami stress (tekanan) yang akan berubah warna daripada kayu berwarna putih kepada warna lain (semakin gelap semakin mahal)
Regional Manager MRSOL irwan bersama pemodal Tok Janggut dan CEO MRSOL
Alhamdulillah, adalah suatu penghargaan yang sangat istimewa apabila kami dijemput khas sendiri oleh MR CEO MRSOL untuk melawat Ladang Gaharu beliau seterusnya dapat pula hadiah anak pokok Gaharu spesis Mallencensis
Regional Manager MRSOL irwan bersama MR CEO MRSOL Tuan Ariffin Embong
Tak dapat nak dibayangkan kegembiraan apabila dihadiah-kan percuma anak pokok Gaharu spesis Aquilaria Mallacensis begitu sahaja oleh Tuan MR CEO MRSOL sendiri

Pasti ALLAH SWT memberi keluasan rezeki dan nikmat kebahagiaan berpanjangan buat beliau sekeluarga
Alhamdulillah yo! kita dapat PERCUMA anak pokok Gaharu spesis Aquilaria Mallacensis
Sebahagian anak pokok Gaharu spesis Aquailaria Mallacensis yang dipindahkan melalui pacuan empat roda Professor Dr Baharuddin Salleh
Gigih tok janggut bekerjasama membantu staf MRSOL mengangkat anak pokok Gaharu
Sesungguhnya 'nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan' apabila saya sendiri dapat melihat dan mengecapi nikmat bahagia bergambar di Ladang Gaharu MRSOL ini, MasyaALLAH sememangnya sukar hendak diceritakan keseronokan nyata kepada umum
ini Ladang Gaharu MRSOL Peace yo!
Kami nyatakan juga disini asal usul spesis Gaharu yang ada menurut sumber wikipedia
1) Aquilaria apiculina, asal Filipina
2) Aquilaria baillonii, asal Thailand dan Kamboja
3) Aquilaria baneonsis, asal Vietnam
4) Aquilaria beccarain, asal Indonesia
5) Aquilaria brachyantha, asal Malaysia
6) Aquilaria crassna asal Malaysia, Thailand, dan Kamboja
7) Aquilaria cumingiana, asal Indonesia dan Malaysia
8) Aquilaria filaria, asal Tiongkok
9) Aquilaria grandiflora, asal Tiongkok
10) Aquilaria hilata, asal Indonesia dan Malaysia
11) Aquilaria khasiana, asal India
12) Aquilaria malaccensis, asal Malaysia, Thailand, dan India
13) Aquilaria microcarpa, asal Indonesia, Malaysia
14) Aquilaria rostrata, asal Malaysia
15) Aquilaria sinensis, asal Tiongkok
16) Aquilaria subintegra, asal Thailand

Kursus Gaharu dan Melawat Ladang Gaharu
acapkali sebenarnya hampir setiap bulan atau 3-bulan sekali kami mengadakan kursus untuk elmu Gaharu. Alang-alang dah berkursus, maka kebiasaan kita akan buat lawatan ke Ladang Gaharu juga

Di Ladang Gaharu kami belajar banyak perkara secara hands-on. Malah kekadang, MRSOL sendiri suka memberi apa beliau fikirkan sesuai kepada individu-individu yang bertuah..

Cuba lihat gambar aktiviti dibawah? Seronok kan? InshaALLAH amat berbaloi-baloi sebenarnya apabila kita hadir kursus anjuran MRSOL. Malah lebih cantik lagi jika daftar menjadi sebahagian daripada keluarga besar MRSOL
Selain itu ketika lawatan sambil belajar ke Ladang Gaharu MRSOL di Setiawan, kita juga berpeluang melihat secara langsung aktiviti pekerja-pekerja MRSOL disini antara lain seperti menebang pokok Gaharu, aktiviti inokulasi atau mencederakan pokok dan pelbagai lagi
Dan yang paling seronok sekali kami nak bagitau sebenarnya adalah......jeng..jeng..jeng..

pastikan jika ada seminar Gaharu yang kami buat, bersedia untuk bawa-lah beg plastik sebanyak mungkin..hehe (ampun boss, minta ampun siap-siap sebab pecah rahsia). sebabnya disini kita berpeluang bawa balik daun Gaharu untuk kegunaan masing-masing!

Cer..Cer..tengok bagaimana senyum melebar Pengurus OUTLET MRSOL Sri Damansara dalam gambar dibawah ini. Siap jeling keriangan lagi bila dapat bawa balik setandan daun Gaharu!
Hah! cuba lihat pula gelagat Regional Manager Puan Zainun Seman. Nampak tak? Betapa beliau ambil peluang bawa seberapa banyak buah Gaharu yang ada sampai tak menang tangan!
Aktiviti Inokulasi Gaharu MRSOL
Inokulasi merupakan proses yang sangat penting dalam menghasilkan gaharu. Setiap pokok sebenarnya mempunyai resinnya yang tersendiri. Daripada resin ini-lah ia mengeluarkan haruman tertentu.

Justeru untuk resin Gaharu, sebenarnya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinga memakan masa antara 20-tahun hingga 40-tahun untuk ia mengalami proses inokulasi lengkap secara semulajadi
inokulasi secara semulajadi melalui semut

Bagi mencepatkan hasil resin gaharu ini, atas penyelidikan yang dilakukan, kita sendiri boleh mendapatkan resin kayu Gaharu melalui manual inokulasi formulasi sendiri di mana ada yang mengambil masa 6-bulan hingga setahun sahaja sudah boleh menghasilkan resin Gaharu itu
antara pokok Gaharu yang terpaksa ditebang pada 28 Julai 2018 setelah ketidakberhasilan sesetengah inokulan yang ada

Berikut adalah antara vaksin yang biasa diinokulasikan seperti jenis Fusarium sp., Phialopora parasitica, Torula sp., Aspergillus sp., Penicillium sp., Cladosporium sp., Epicoccum granulatum, Clymndrocladium sp., Sphaeropsis sp., Botryodiplodia theobromae, Trichoderma sp, Phomopsis sp., Chunninghamella echinulata.

Seronok sebenarnya apabila kami diberi peluang menebuk atau mencederakan pokok Gaharu itu sendiri di Ladang gaharu MRSOL ini
 antara kaedah inokulasi yang dilakukan

Cabaran Melawat Ladang Gaharu MRSOL
antara cabaran melawat Ladang Gaharu MRSOL adalah kita kena mendaki sedikit anak bukit atau jalan tanah membukit seperti dalam gambar dibawah
caiyok! caiyok! you can do it!

Lihat-lah video kami dibawah betapa gigihnya kami beramai-ramai terpaksa mendaki bukit kecil untuk ke Ladang Kayu Gaharu MRSOL. Apa pun sebenarnya ianya amat-amat berbaloi dan sungguh puas selama kami berada di Ladang Kayu Gaharu MRSOL ini
kami keluarga MRSOL seronok mendaki sedikit bukit untuk ke Ladang Gaharu MRSOL

 MRSOL sendiri membuat inokulasi atau mencederakan pokok beliau sendiri


Madame MRSOL membuat inokulasi di Ladang Gaharu beliau sendiri

agen MRSOL dapat melakukan inokulasi dalam pakej AGEN TITANIUM 1st Batch ditawarkan

untung-lah agen MRSOL Sungkai, Tuan Muhaimin Hussain sempat sama inokulasi pokok

agen Titanium 1st Batch MRSOL, Tuan Wan Faizal membuat inokulasi pokok Gaharu

video secara dekat bagaimana kami mencederakan pokok Gaharu kami

hah! yang penting kita pun dapat izin MRSOL untuk buat proses inokulasi Pokok Gaharu


Hokey! dah selesai kita happy-happy lah pulop!

sebahagian daripada keluarga MRSOL bergembira bersama

1) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang
Ladang Gaharu kami seterusnya adalah di Gua Musang jalan menghala ke Dabong, Kelantan

sebahagian keluarga besar MRSOL yang bergembira seronok ketika aktiviti berkebun

MRSOL bersama Tok Janggut dalam siri membangunkan Ladang Gaharu Gua Musang

agen MRSOL Kelantan, ustaz Wan mendoakan makmur kesuburan Ladang Gaharu Gua Musang


 aktiviti kami ketika hendak menanam anak pokok Gaharu di gua Musang Kelantan


elmu mahal Gaharu di padang datar oleh MR CEO MRSOL sendiri


tekun para agen MRSOL mendengar otai sebenar jutawan Gaharu berbicara perihal Gaharu


okeh, mari kita mulakan projek tanaman anak pokok Gaharu!

hmm..mcam berat jew gerudi tuh? sat, pikior jap!

ohhh! memang berat! sib Tuan Mat kita tolong...

ohhh..baru gerudi dah tanam...fuhhh! laju..


yeahhhhhh! akhirnya berjaya gerudi sendiri

Alhamdulillah, selesai semua kita solat hajat memohon kesuburan berpanjangan di Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang Kelantan ini..aamiin..aamiin..aamiin


YA ALLAH, mudah-mudahan ENGKAU permudahkan semua urusan kami disini hendakNYA


ingin melawat Ladang Gaharu MRSOL?
Hubungi tim Oud Perfume Original MRSOL
HOTLINE : +601138459769
 
Regional Manager MRSOL Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Kami hargai setiap komen anda

Testimoni Kami

Testimonial Wangian Gaharu MRSOL

Testimonial yang pelbagai jenis ini dikumpulkan melalui komentar-komentar peminat wangian yang ada di seluruh Semenanjung...